20 December 2016

Perkongsian Hadis 40 Imam Nawawi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Sis nak kongsikan satu hadis daripada Hadis 40 Imam Nawawi. Hadis favourite sis ni.
Alang-alang tu boleh hafal sekali kan? Hehe.


Menurut Hadis 12:

Daripada Abu Huraira r.a., beliau berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah ia meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya."

Dalam erti kata lain, hadis ini mengajar kita agar kita meninggalkan perkara yang tidak berfaedah/lagha. Hal ini kerana ia tidak dapat memberikan apa-apa kebaikan kita sebagai seorang Muslim. Masa yang terluang seharusnya digunakan/ dimanfaatkan dengan sebaiknya. "Masa itu emas." Kita juga disarankan supaya menyibukkan diri dengan perkara mulia. Antara contoh terbaik adalah dengan mencari ilmu. Tak kira samaada ilmu itu untuk akhirat atau dunia. Menuntut ilmu kan fardu kifayah? :)

Amal makruf,
        Nahi mungkar.

Kredit: aQi

Sahabat