16 June 2017

Giveaway: Kad Raya by Zafirah Nazri

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Klik banner
Alhamdulillah, Salam 21 Ramadan. Moga semua baik-baik sahaja. Jom sertai Giveaway Kad Raya by sister Zafirah Nazri. Dapat imbau kenangan masa kecil-kecil bertukar kad raya dengan kawan. Hehehe. Ikut syarat yang diberi ya!

Selamat bergive away. Harap-harap saya antara yang terpilih. Aamiin.

-Ana

04 June 2017

Nak tahu: Apa itu gangguan mental?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Salam Ramadan. Bagaimana dengan puasa? Moga diberkati!
Semalam, saya terniat nak cari artikel mengenai depression diorders dan bipolar disorders. Jadi banyaklah maklumat yang saya dapat dan saya cuba fahamkan. 
Apa tu? Ok, mari kita beralih kepada pengertian. (hehehe, macam cikgu-cikgu)
Depression disorders atau dalam Bahasa Malaysia gangguan kemurungan ialah apabila keadaan depresi seseorang sampai menyebabkan terganggunya aktiviti sosial sehari-harinya. Keadaan depresi di sini merujuk kepada sesuatu hal yang lebih daripada perasaan sedih. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan kita kemurungan. Boleh baca lanjut di sini: Depresi.

Bipolar disorders pula atau dalam Bahasa Malaysia gangguan bipolar ialah gangguan mental yang menyerang keadaan psikologi seseorang yang dirasai dengan perubahan suasana hati yang sangat ekstrim berupa mania dan depresi. Apa yang saya faham mania ini ialah perasaan terlalu gembira dan depresi ialah perasaan terlalu sedih. Kedua-dua perasaan ini boleh berubah secara drastik. Contohnya, saya rasa sangat gembira 5 minit lalu, dan sekarang saya tiba-tiba menangis. Mudah kata, 'mood swing'. Baca lebih lanjut tentang simptom dan gejala di sini: Gangguan Bipolar.

Kedua-dua gangguan mental ini selalunya tidak dapat dikesan oleh orang lain malahan diri sendiri. Tidak seperti orang yang mengalami tekanan jiwa sehingga menyebabkan mereka kehilangan kewarasan sendiri. Tetapi perlu diingatkan kerana tidak mustahil gangguan depresi dan bipolar juga menjadikan seseorang itu hilang kewarasannya.

Seusai saya menghadam segala maklumat berkaitan gangguan ini, gatal pula jari nak Google "When I need to see the psychiatrist". Jadi, saya temui jawapannya: (psiktris & psikologis)

1. Bila kita rasa kita perlukan pakar psikologi / psiktris ni. Contoh, apabila terasa amat sedih atas kehilangan ahli keluarga, dh mula timbul rasa kebimbangan yang melampau (Anxiety disorders), masalah penyebab semuanya serba tak kena.
2. Kehilangan. Mungkin contohnya kita boleh ambil daripada kehilangan akibat kematian seseorang yang amat kita sayangi dan kita tak dapat nak 'move on'.
3. Tekanan dan anziety. Kita berhadapan dengan pelbagai dugaan hidup dan semua benda ni menyebabkan kita menjadi resah dan bimbang.
4. Kemurungan. Apabila kita sedar kita mengalami kemurungan berpanjangan.
5. Fobia. Mungkin psikologis dapat bantu kita menangani fobia kita sendiri.
6. Isu keluarga dan perhubungan. Hal ini juga dapat menyebabkan stress dan lain-lain hal.
7. Tabiat buruk dan ketagihan. Contohnya, pengurusan masa yang teruk, pengambilan makanan tidak mengikut jadual atau ketagihan dadah.
8. Gangguan mental. Seperti tekanan, kemurungan, anziety dan bipolar.

Ini ialah 8/12 jawapan yang saya temui di sini: HealthLine **Artikel berbahasa Inggeris. Kalau awak rasa ada yang tak kena pada diri awak, cuba semak balik simptom dan gejala gangguan- gangguan ini pada diri awak dan segera mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor pakar mengenai hal ini. 
Types of Mental Disorders

Nota: Maaf jika ada kurangnya dalam penerangan saya.

26 May 2017

Ahlan Wa Sahlan, Ramadhan..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Tadaa.. Ramadhan makin dekat menghampiri kita. Dah bersedia? In shaa Allah, moga Allah permudahkan segalanya. Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Kariim. Persiapkanlah dirimu saudara-saudaraku sekalian. Perbanyakkan amal ibadatmu sepanjang bulan mulia ini. Moga mendapat barokah. Allahumma Aamiin.
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" (2:183)
Ana nak share satu lagu yang senantiasa menjadi kegemaran Ana, tambah-tambah nak puasa ni. Semoga terhibur!

Lirik Lagu Maher Zain - Ramadhan

Ku menantimu
Saban waktu
Bangkit jiwaku

Kau suluh hatiku
Dengan sinar
Kudus kasihmu

Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

Rahmat melimpah
Damainya ku rasakan

Ramadan bulan al-Quran
Mendidik jiwaku
Menyuburkan iman

Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

Sememangnya kau ku nantikan
Hadirmu hidupkan suram di jiwaku
Dan ku berjanji
Akan ku teruskan
Semangatmu itu
Sepanjang hidupku
Oh Ramadan

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan

Ku mohon usah pergi


Kredit: http://arnamee.blogspot.com/2014/06/lirik-lagu-ramadhan-maher-zain-versi.html#ixzz4i7G5WhUD


03 April 2017

Hindari Tabarruj!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dalam surah Al-Ahzab ayat 33 ada mengatakan bahawa "Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang- orang Jahiliyah yang dahulu".

Hal ini adalah kerana orang-orang Jahiliyah dahulu gemar memperlihatkan perhiasan mereka seperti anting-anting, bercakap dengan nada menggoda dan berjalan dalam lenggang lenggok.

Muslimat yang ana sayangi, jauhi tabarruj kerana kita akan mendapat balasannya di akhirat kelak. Wallahu a'lam.

02 April 2017

Segmen: Pencarian Bloglist Peaceful by Najihah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Jemput beramai-ramai :) Lama tak join segmen ni :D

Sahabat