03 April 2017

Hindari Tabarruj!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dalam surah Al-Ahzab ayat 33 ada mengatakan bahawa "Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang- orang Jahiliyah yang dahulu".

Hal ini adalah kerana orang-orang Jahiliyah dahulu gemar memperlihatkan perhiasan mereka seperti anting-anting, bercakap dengan nada menggoda dan berjalan dalam lenggang lenggok.

Muslimat yang ana sayangi, jauhi tabarruj kerana kita akan mendapat balasannya di akhirat kelak. Wallahu a'lam.

Sahabat