04 June 2017

Nak tahu: Apa itu gangguan mental?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Salam Ramadan. Bagaimana dengan puasa? Moga diberkati!
Semalam, saya terniat nak cari artikel mengenai depression diorders dan bipolar disorders. Jadi banyaklah maklumat yang saya dapat dan saya cuba fahamkan. 
Apa tu? Ok, mari kita beralih kepada pengertian. (hehehe, macam cikgu-cikgu)
Depression disorders atau dalam Bahasa Malaysia gangguan kemurungan ialah apabila keadaan depresi seseorang sampai menyebabkan terganggunya aktiviti sosial sehari-harinya. Keadaan depresi di sini merujuk kepada sesuatu hal yang lebih daripada perasaan sedih. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan kita kemurungan. Boleh baca lanjut di sini: Depresi.

Bipolar disorders pula atau dalam Bahasa Malaysia gangguan bipolar ialah gangguan mental yang menyerang keadaan psikologi seseorang yang dirasai dengan perubahan suasana hati yang sangat ekstrim berupa mania dan depresi. Apa yang saya faham mania ini ialah perasaan terlalu gembira dan depresi ialah perasaan terlalu sedih. Kedua-dua perasaan ini boleh berubah secara drastik. Contohnya, saya rasa sangat gembira 5 minit lalu, dan sekarang saya tiba-tiba menangis. Mudah kata, 'mood swing'. Baca lebih lanjut tentang simptom dan gejala di sini: Gangguan Bipolar.

Kedua-dua gangguan mental ini selalunya tidak dapat dikesan oleh orang lain malahan diri sendiri. Tidak seperti orang yang mengalami tekanan jiwa sehingga menyebabkan mereka kehilangan kewarasan sendiri. Tetapi perlu diingatkan kerana tidak mustahil gangguan depresi dan bipolar juga menjadikan seseorang itu hilang kewarasannya.

Seusai saya menghadam segala maklumat berkaitan gangguan ini, gatal pula jari nak Google "When I need to see the psychiatrist". Jadi, saya temui jawapannya: (psiktris & psikologis)

1. Bila kita rasa kita perlukan pakar psikologi / psiktris ni. Contoh, apabila terasa amat sedih atas kehilangan ahli keluarga, dh mula timbul rasa kebimbangan yang melampau (Anxiety disorders), masalah penyebab semuanya serba tak kena.
2. Kehilangan. Mungkin contohnya kita boleh ambil daripada kehilangan akibat kematian seseorang yang amat kita sayangi dan kita tak dapat nak 'move on'.
3. Tekanan dan anziety. Kita berhadapan dengan pelbagai dugaan hidup dan semua benda ni menyebabkan kita menjadi resah dan bimbang.
4. Kemurungan. Apabila kita sedar kita mengalami kemurungan berpanjangan.
5. Fobia. Mungkin psikologis dapat bantu kita menangani fobia kita sendiri.
6. Isu keluarga dan perhubungan. Hal ini juga dapat menyebabkan stress dan lain-lain hal.
7. Tabiat buruk dan ketagihan. Contohnya, pengurusan masa yang teruk, pengambilan makanan tidak mengikut jadual atau ketagihan dadah.
8. Gangguan mental. Seperti tekanan, kemurungan, anziety dan bipolar.

Ini ialah 8/12 jawapan yang saya temui di sini: HealthLine **Artikel berbahasa Inggeris. Kalau awak rasa ada yang tak kena pada diri awak, cuba semak balik simptom dan gejala gangguan- gangguan ini pada diri awak dan segera mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor pakar mengenai hal ini. 
Types of Mental Disorders

Nota: Maaf jika ada kurangnya dalam penerangan saya.

Sahabat